saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

Prospek pasaran sedang membangun

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Prospek bagi pasaran sedang pesat membangun kelihatan lebih positif dengan ekonomi-ekonominya disokong oleh asas yang kukuh dan sistem kewangan yang berdaya tahan bagi mencatatkan pertumbuhan.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, walaupun mengalami pertumbuhan yang sederhana, ia adalah disebabkan oleh faktor-faktor sementara penyusunan semula dan pengimbangan semula.

"Justeru itu, kami melihat potensi pertumbuhan dalam tahun-tahun berikutnya," katanya pada program CNN Debate on the Global Economy, bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 2014 di Washington, yang berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober.

Zeti merupakan ahli panel dalam program CNN Debate itu. Transkrip pembentangan beliau dikeluarkan oleh BNM di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasaran sedang pesat membangun terutamanya di Asia, kini mampu menangani sebarang kemudahruapan kerana ekonomi mempunyai sistem kewangan yang lebih kukuh dan pasaran kewangan yang lebih maju.

"Ini mampu menangani keadaan turun naik yang kami jangkakan akibat daripada perubahan dalam hala tuju dasar," katanya.

Zeti juga menegaskan bahawa pembaharuan struktur perlu disertakan dengan dasar yang menyokong pertumbuhan.

"Ini penting dalam dasar kewangan, akses kepada pembiayaan, sektor sasaran khusus dan atau perusahaan kecil dan sederhana," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.