saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

Subsidi, pengecualian GST RON 95, diesel dan LPG legakan rakyat

LANGKAH kerajaan mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi penjualan runcit minyak RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) di dalam Bajet 2015 sangat melegakan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah, kerajaan mengambil keputusan yang tepat dengan mengekalkan pemberian subsidi bagi ketiga-tiga bahan api itu walaupun dalam tempoh sementara sebagai menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memberi keselesaan maksimum serta meringankan beban rakyat.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan terpaksa menampung beban harga yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia sepanjang lebih separuh pertama tahun ini.

Purata harga minyak mentah Brent berlegar-legar di antara AS$107 (RM342.4) hingga AS$112 (RM358.4) setong setakat ini yang memungkinkan kerajaan terpaksa menampung subsidi lebih RM21 bilion setahun.

Dengan jumlah yang sama, kerajaan sepatutnya boleh melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan rakyat yang lebih baik termasuk mengatasi masalah kemiskinan dan isu gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur, sejajar dengan status sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Malah, peruntukan subsidi kerajaan meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada tahun 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Hal ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Bagaimanapun, pengekalan subsidi seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2015 membuktikan bahawa kerajaan masih lagi mempunyai pertimbangan yang adil, bersimpati dengan bebanan dan tekanan kewangan yang terpaksa dihadapi rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

"Kerajaan berterusan mengurangkan bebanan rakyat dengan memperluaskan jenis barangan yang tidak dikenakan GST seperti buah-buahan, kopi, akhbar, perubatan dan lain-lain termasuk kos elektrik, penjualan runcit minyak RON 95, diesel dan LPG," kata Pengerusi Eksekutif PriceWaterHouseCoopers (PwC) Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Katanya, langkah kerajaan itu sewajarnya dipuji kerana dijangka dapat meneruskan matlamat untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun depan termasuk dengan melaksanakan rasionalisasi subsidi, sekali gus akan menggambarkan tadbir urus fiskal yang baik.

Ramai yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu apatah lagi untuk berasa bersyukur kerana harga petrol dan diesel dijual lebih mahal di luar negara. Petrol dan diesel dijual dengan harga murah hanya di Iran dan Arab Saudi manakala di negara-negara Arab lain, harga bahan api itu jauh lebih mahal dengan harga RM4 hingga RM8 seliter termasuk di Jordan dan Syria.

Contohnya, di Arab Saudi, setiap liter petrol dijual RM1 mengikut tukaran mata wang negara itu dan di Iran, harganya sedikit murah berbanding di negara ini.

Di Brunei, harganya memang murah bagi rakyat negara itu tetapi lebih mahal jika mengikut nilai tukaran mata wang. Begitu juga di Eropah termasuk Romania, Bulgaria, Turki di mana setiap liter minyak petrol dijual antara 4 Euro (RM16.5) dan 8 Euro (RM32.9).

Berikutan harga minyak petrol yang jauh lebih murah di Malaysia, maka, masalah ketirisan dan penyeludupan bahan api itu ke luar negara semakin sukar dibendung saban tahun. Oleh sebab itu, kerajaan dilihat sangat serius dalam menangani masalah-masalah berkenaan yang kini menjadi 'kudis'.

Penganalisis ekonomi OCBC Bank Bhd., Wellian Wiranto pula berkata, subsidi yang ditanggung kerajaan untuk bahan api RON 95, diesel dan LPG meliputi sebanyak lapan peratus daripada perbelanjaan keseluruhan kerajaan setiap tahun.

Jelasnya, mahu tidak mahu, rasionalisasi subsidi tetap perlu dijalankan bagi mengurangkan tanggungan kerajaan.

"Masa itu (rasionalisasi) akan dilaksanakan juga suatu hari nanti, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat, bagi meminimumkan impak kepada kerajaan dan negara," katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2015 kelmarin, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baru dalam pemberian subsidi petroleum yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, pengumuman mekanisme itu nanti diharap dapat diterima dengan baik, memberi kelegaan dan kurang membebankan rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.