saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

MIDA dijangka lulus RM65 bilion pelaburan

KOTA BHARU 12 Okt. - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka meluluskan pelaburan sebanyak RM65 bilion dalam sektor pembuatan tahun ini berbanding RM52 bilion pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jangkaan itu diyakini dapat dicapai kerana MIDA dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini telah pun meluluskan pelaburan sebanyak RM53.1 bilion.

"Pencapaian itu sudah melepasi jumlah pelaburan yang dilulus MIDA dalam sektor pembuatan pada tahun lalu yang bernilai RM52 bilion.

"Berdasar permohonan yang sudah dan bakal diterima pada tahun ini, kita jangka sebanyak RM65 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan akan diluluskan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mustapa, perkembangan positif itu menunjukkan jumlah pelaburan negara kian meningkat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan yang telah diluluskan negeri ini bernilai RM1.2 bilion.

"Bagi tempoh tujuh bulan pertama, jumlah pelaburan tersebut menunjukkan peningkatan dan mengatasi jumlah keseluruhan pada tahun lalu yang berjumlah RM995 juta. Bagaimanapun, jumlah itu amat sedikit berbanding nilai pelaburan di seluruh negara yang kini berjumlah RM53.1 bilion," katanya.

Ujar Mustapa, beliau yakin mampu menarik lebih ramai pelabur ke kawasan kurang membangun seperti Kelantan pada tahun hadapan susulan pembentangan Bajet 2015 mengenai menambah baik pakej insentif khas yang disediakan di bawah koridor ekonomi.

"Selain itu, insentif untuk mengurus kawasan perindustrian bagi menggalak pembangunan industri juga mampu meningkatkan jumlah pelaburan di kawasan-kawasan kurang membangun.

"Sebelum ini, kerajaan telah mewujudkan koridor pembangunan wilayah seperti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang menawarkan insentif cukup menarik tetapi belum mampu menarik pelabur melabur di negeri-negeri kurang maju termasuk di Kelantan.

"Oleh itu, kita berharap insentif khas berkenaan mampu akan lebih menyakinkan pelabur," katanya yang membawa delegasi dari Singapura melihat potensi pelaburan di negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.