saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 11/10/2014

Redakan kebimbangan rakyat

Mohd. Afzanizam Abdul Rashid Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam

KUALA LUMPUR 10 - Langkah kerajaan yang akan mengeluarkan senarai harga barangan sebelum dan selepas dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dapat mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap pelaksanaan sistem percukaian itu pada April tahun hadapan.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain itu pengumuman bahawa harga minyak petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) tidak akan dikenakan GST dapat menutup segala khabar angin mengenai status bahan api tersebut.

Katanya lagi, ini ditambah pula apabila kerajaan mengumumkan penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 unit kepada 300 unit.

"Namun ekonomi mempunyai kitaran. Jika berlaku kelembapan ekonomi, kerajaan perlu campur tangan bagi menstabilkan ekonomi. Oleh itu penting untuk memastikan kedudukan kewangannya kukuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambahan senarai baharu barang yang akan dikecualikan GST semasa membentangkan Bajet 2015 di sini hari ini.

Antara barangan tersebut ialah semua buah-buahan tempatan dan import, roti putih, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, mi kuning, bihun, hampir 2,900 ubat-ubatan penting untuk 30 jenis penyakit, buku mewarna kanak-kanak, buku latihan, buku teks, kamus dan surat khabar.

Sementara itu, Penganalisis OCBC Bank, Wellian Wiranto berkata, meskipun Bajet 2015 memberi fokus untuk menjaga kedudukan kewangan negara, tetapi kerajaan tetap memberi tumpuan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada golongan berpendapatan rendah.

Dalam pada itu, Presiden Institut Pengaudit Dalaman Malaysia, Philip Satish Rao berkata, dengan pengumuman kerajaan itu syarikat-syarikat perniagaan kini boleh memahami kandungan GST dan dapat menyusun operasi perniagaan masing-masing mengikut piawaian cukai baharu tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.