saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 11/10/2014

MITI berharap dapat kekal prestasi FDI tahun lepas

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap dapat mengekalkan prestasi pelaburan langsung asing (FDI) tahun lepas iaitu sebanyak RM38 bilion, tahun ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan memastikan pelaburan berkualiti tinggi untuk Rakyat, terutama menerusi pewujudan peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi.

Mustapa berkata, PKS penting memandangkan sektor itu merupakan tulang belakang ekonomi dan peluang pekerjaan.

“PKS penting kerana di mana-mana negara sekali pun PKS merupakan tulang belakang negara dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan," katanya selepas pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dalam pelan tindakan PKS, industri itu dijangka menyumbang 40 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020,

Beliau berkata, dalam Bajet 2015 terdapat penekanan yang besar ke atas PKS, termasuk peruntukan untuk TEKUN, MARA, Bank SME, SME Corp yang berfungsi untuk membantu meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara.

Mustapa turut mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memperkenal insentif untuk automasi, berdasarkan banyak syarikat yang masih bergantung kepada tenaga buruh, seperti tekstil.

Insentif ini akan dapat membantu syarikat mengautomasikan proses pengeluaran masing-masing, katanya.- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.