saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Ketirisan di sempadan masalah serius

SERIAN 17 Okt. - Kerajaan memandang serius masalah ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi di pintu sempadan Tebedu, di sini dan Entikong, Kalimantan, Indonesia yang merugikan negara.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Md. Yahaya Basimin berkata, agensi berkaitan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan hanya pihak yang berhak sahaja menikmati kemudahan berkenaan tanpa menjejaskan aktiviti komersial di kawasan sempadan.

Katanya, usaha pihak berkuasa di sempadan pada masa ini adalah memuaskan namun masih banyak ruang boleh dipertingkatkan untuk menguatkuasakan pencegahan yang efektif.

"Antara barang-barang yang menjadi sasaran penyeludup di pintu sempadan ini ialah minyak masak, gula dan tong gas kerana harganya lebih murah berbanding negara jiran.

"Akibat ketirisan ini, kerajaan menanggung kerugian kerana subsidi yang diberikan bukan hanya dinikmati rakyat Malaysia tetapi dibawa keluar ke negara asing," katanya selepas mengadakan lawatan dan mesyuarat bersama kira-kira 20 pegawai agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tebedu di sini, semalam.

Mengikut undang-undang, kenderaan asing hanya boleh membeli 20 liter minyak diesel daripada stesen-stesen minyak yang berada dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari pintu sempadan negara.

Dalam pada itu, kenderaan asing juga hanya dibenarkan membeli petrol RON97 tetapi ada yang mengambil kesempatan mengisi RON95.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.