saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Comos EcoRide tarikan ke Melaka

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Sektor pelancongan di negeri bersejarah, Melaka dijangka melonjak berikutan pengenalan kereta elektrik dalam kalangan pelancong yang akan dilancarkan selewat-lewatnya awal bulan depan.

Pengerusi Eksekutif CMS Consortium Sdn. Bhd. (Comos), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Melaka bagi penggunaan kenderaan elektrik dikenali sebagai Comos EcoRide itu, semalam.

Katanya, MoU itu selari dengan matlamat kerajaan negeri Melaka yang ingin mencapai status negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020.

"Langkah kerajaan negeri Melaka ini telah dilaksanakan di Eropah sebagai tarikan pelancong. Kami juga menyasarkan penggunaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam sidang akhbar di Pameran Produk-produk Eco dan Teknologi Hijau Antarabangsa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya mengadakan kerjasama dengan Nissan Motor Co. Ltd. (Nissan) dan Renault SA (Renault) bagi mengeluarkan kereta elektrik tersebut.

Katanya, mereka juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Institut Automatif Malaysia (MAI) bagi membangunkan industri permotoran negara untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Ir. Ahmad Hadri Haris berkata, terdapat beberapa cabaran pada peringkat awal untuk mengeluarkan kereta elektrik di negara ini termasuk tanggapan masyarakat bahawa harga kenderaan tersebut adalah mahal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.