saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Bungkus tandan pisang seminit

PASIR GUDANG 17 Okt. - Pengalaman sukar membungkus tandan pisang menggunakan kaedah manual mendorong sepasukan penuntut Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini mencipta alat pembungkusan yang canggih.

Berikutan inovasi alat tersebut yang hanya memerlukan masa seminit untuk membungkus setandan pisang, pasukan itu dinobatkan juara keseluruhan Karnival Inovasi, Kerjaya dan Keusahawanan (ICE) 2014, di sini semalam.

Pasukan berkenaan yang dianggotai Abdul Halim Ghazali, Muhammad Anwar Mohd. Musa, Shazreen Faadhzil Samsuddin dan Muhammad Zulfitri Alimin, membolot tiga kategori dipertandingkan iaitu Projek Inovasi Terbaik, Projek Teknikal Terbaik dan Projek Keseluruhan Terbaik.

Pasukan berkenaan menewaskan 15 lagi projek akhir daripada empat jabatan yang bertanding iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang piala pusingan, wang tunai berjumlah RM600 dan sijil yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pengajian Politeknik, Azizi Lin sambil di saksikan Pengarah PIS, Mohd. Hatta Zainal.

Dalam pada itu, Ketua Projek, Muhammad Anwar memberitahu, idea mencipta alat berkenaan dicetuskan seorang rakan mereka yang berdepan masalah membungkus tandan pisang kerana terpaksa menggunakan tangga dan mengambil masa lama.

"Berikutan itu, kami mengerah idea bersama dan mengambil masa selama seminggu merealisasikan penciptaan alat ini dengan kos hanya RM50 seunit.

"Berdasarkan perkiraan komersial, alat ini boleh dijual dengan harga kira-kira RM25 seunit, namun faedahnya amat besar kerana memudahkan pekebun untuk membungkus pisang yang hanya mengambil masa kira-kira seminit," katanya.

Sementara itu, ciptaan rak pelbagai guna berbentuk kubik melayakkan seorang penuntut Jabatan Rekabentuk Industri, Wirajus Bon Rak, 21, yang berasal dari Kelantan dinobatkan sebagai juara kategori Projek Kreativiti Terbaik.

Menurut Wirajus, ciptaan hiasan rumah berkonsep kontemporari itu mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dan amat mudah diubah suai mengikut cita rasa penggunanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.