saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kanak-kanak pesakit JE semakin pulih

ABDUL Aziz Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama kakitangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang membantu Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli mencuba katil baharu yang disumbangkan untuk kegunaan murid itu di Kampung Selamat Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

TASEK GELUGOR 17 Okt. - Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat di sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang disahkan menghidap penyakit Japanese Encephalitis (JE) semakin pulih selepas mendapat rawatan di sebuah hospital swasta dan rawatan alternatif perubatan Islam.

Ibu pesakit itu, Haniza Ayob, 40, berkata, anaknya kini sudah boleh berjalan dan bercakap namun masih memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu duduk dengan baik di tandas.

"Doktor yang merawat Ammar di hospital swasta itu maklumkan, dia boleh pulih biarpun tidak sepenuhnya seperti sebelum ini.

"Banyak perubahan dialaminya sekarang hasil rawatan di hospital itu serta amalan fisioterapi yang dilakukan sendiri di rumah bagi membolehkannya berjalan dan bercakap seperti biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Ammar Muqrish menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pulau Pinang, Abdul Aziz Abdul Rahman yang turut menyerahkan sumbangan katil kepada kanak-kanak itu.

Muhammad Ammar Muqrish mengalami demam panas selepas pulang dari kem jati diri anjuran sekolahnya pada 24 hingga 26 April lalu dan dirawat di Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) hospital swasta tersebut pada 21 Mei lalu.

Dia menerima rawatan kira-kira tiga bulan di hospital itu dan dimasukkan ke CCU dan Unit Rawatan Rapi (ICU) beberapa kali.

Tambah Haniza, dia bersyukur kerana kos rawatan anaknya berjumlah lebih RM100,000 berjaya diselesaikan hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan nasib anaknya itu.

Jelasnya, biarpun anaknya itu tidak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini namun dia akan tetap ke tingkatan satu tahun hadapan.

"Dia kini masih perlu mendapatkan rawatan susulan setiap tiga minggu di hospital bagi memastikan keadaan kesihatannya lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya terpanggil membantu dan berharap sumbangan katil itu membolehkan Muhammad Ammar Muqrish tidur dan berehat dengan selesa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.