saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Mayat wanita ditemui terdampar di Pantai Puteri

MELAKA 17 Okt. - Mayat seorang wanita ditemui terdampar dalam keadaan tertiarap di Pantai Puteri dekat sini, hari ini.

Mangsa, Sapura Yaakub, 30, yang memakai singlet dan seluar jeans dipercayai mandi laut dan lemas sebelum mayatnya ditemui kira-kira pukul 1.45 petang.

Seorang penduduk, Samsori Soib, 50, berkata, tidak ada saksi yang nampak mangsa yang merupakan penduduk di situ pergi ke pantai.

"Saya hairan bagaimana dia dikatakan mandi laut. Tiada orang yang nampak dia ke pantai. Mayatnya ketika ditemui lengkap berpakaian. Ini menimbulkan tanda tanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah ketika dihubungi memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.