saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Menara Mara dicadang tapak jualan

SHAHRIZAT Abdul Jalil yang diiringi Abd. Halim A. Rahim (dua dari kanan) melawat gerai jualan sempena Program Pasarnita dan Karnival Selebriti di Menara Mara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Tingkat empat Menara Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini dicadangkan menjadi tapak jualan tetap kepada usahawan muda wanita terutama yang baharu berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah tersebut wajar dipertimbangkan kerana ramai usahawan wanita di negara ini mempunyai produk untuk dijual namun tidak memiliki ruang niaga akibat persaingan sengit.

Selain itu, katanya, cadangan tersebut bertepatan dengan matlamat pembinaan Menara Mara sebagai ikon kejayaan bumiputera dan tempat untuk membela nasib golongan itu dalam dunia perniagaan.

"Kita mahu membantu usahawan wanita yang baharu mula berniaga dan yang secara kecil-kecilan untuk membantu mereka melonjak ke tahap yang lebih baik melalui langkah seperti ini.

"Ramai wanita mahu berniaga tetapi tidak tahu caranya dan salah satu keperluan adalah ruang niaga untuk mereka mempamer serta memasarkan produk kepada pelanggan sepanjang masa," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pasarnita dan Karnival Selebriti di Pekarangan Busana Marakesh, Menara Mara, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Mara Incorporated Sdn. Bhd., Datuk Abd. Halim A. Rahim; Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Norhayati Onn dan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Shahrizat berkata, usahawan wanita yang berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan memerlukan bantuan untuk dikenali kerana mereka tidak mampu bersaing dengan ahli perniagaan yang sudah berjaya dan mempunyai pasaran di seluruh negara.

Sementara itu, mengenai karnival tersebut katanya, program berkenaan berlangsung sehingga Ahad ini yang disertai lebih 200 usahawan wanita seluruh negara untuk memasarkan pelbagai produk antaranya pakaian, tudung dan barangan kecantikan.

Jelasnya, karnival tersebut turut disertai ramai golongan artis hiburan yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.