saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) menyarankan kerajaan menubuhkan sebuah badan perundangan dengan keanggotaannya yang lebih menyeluruh sebagai platform terbaik mendapatkan pandangan sebelum meluluskan sesuatu undang-undang di negara ini.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, badan yang boleh dinamakan sebagai Institut Minda Guam (IMG) itu secara tidak langsung berupaya mengimbangi peranan pertubuhan guaman sedia ada seperti Majlis Peguam yang dilihat semakin cenderung dengan sentimen politik kepartian.

"Dengan mewujudkan institut ini, semua lulusan undang-undang boleh menyuarakan pandangan kerana keanggotaannya akan meluas kepada seluruh lulusan undang-undang seperti penasihat undang-undang di sektor swasta, ahli akademik perundangan di universiti, pegawai undang-undang dan lulusan undang-undang yang kini berkhidmat di pelbagai bidang.

"SukaGuam juga yakin usaha ini akan dapat menghimpunkan lebih ramai lulusan undang-undang bagi memberikan input perundangan bebas bagi sesuatu isu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, tindakan kira-kira 1,000 peguam termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis yang menyertai perhimpunan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) di Padang Merbok di sini disifatkan sebagai mencemarkan imej peguam di seluruh negara.

Dalam pada itu, Khairul Anwar memberitahu, perhimpunan semalam hakikatnya tidak mewakili Majlis Peguam kerana hanya tujuh peratus berbanding 15,000 jumlah keseluruhan ahli Majlis Peguam yang menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menegaskan, Majlis Peguam tidak mempunyai hak dalam menentukan sama ada Akta Hasutan perlu dimansuhkan ataupun sebaliknya.

"Sepatutnya perkara tersebut dibawa ke Parlimen bagi menentukan akta itu masih relevan atau tidak. Sudah tiba masanya masyarakat perlu memahami peranan akta ini dalam menentukan keselamatan dan keamanan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.