saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Malaysia bakal menggalas tanggungjawab lebih besar di pentas global selepas diberi kepercayaan menjadi salah sebuah daripada lima negara yang terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam.

Pengerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Tan Sri Razali Ismail berkata, selain aspek keselamatan politik seperti yang berlaku di Palestin dan Asia Barat, semakin banyak isu penting yang perlu dilihat termasuk hal berkaitan alam sekitar, kemanusiaan, ketidakadilan sosial dan jenayah merentas sempadan.

"Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian secara khusus dan kita harus menyumbang untuk membantu dalam isu-isu tersebut kerana jelas sekali kita dipilih dengan jumlah undian tinggi disebabkan keyakinan mereka terhadap Malaysia untuk melaksanakan amanah yang diberi.

"Tanggungjawab di bahu Malaysia sangat besar dan berat. Saya fikir ia mungkin lebih sukar daripada sebelum ini tetapi kita telah belajar tiga kali, saya boleh bayangkan kita mampu buat yang terbaik dalam menjalankan tugas tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Kemuncak Belia Rusia-ASEAN Kedua di sini hari ini.

Semalam, Malaysia diumumkan sebagai salah sebuah negara anggota tidak tetap UNSC selepas memperoleh 187 undi daripada 192 negara yang mengundi.

Ini merupakan kali keempat Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC dengan kali terakhir negara menduduki kerusi tersebut pada 1999-2000.

Razali juga pernah menjadi Presiden Majlis Keselamatan PBB dari 1989 hingga 1990.

Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas Wakil Tetap Malaysia ke PBB berkata, GMMF sebagai sebuah organisasi yang mempromosikan elemen kesederhanaan global akan memainkan peranan penting dalam membantu untuk menyuntik semangat itu dalam usaha menangani pelbagai isu berkaitan.

"Kita akan mencari peluang dalam mengetengahkan kesederhanaan global. Banyak isu berhubung kesederhanaan yang perlu diambil kira misalnya dalam isu ekonomi dan kewangan, harus ada peraturan-peraturan tertentu dengan tidak membenarkan pasaran bebas atau kapitalisme untuk mengambil alih semua urusan kerana akhirnya golongan pertengahan serta miskin akan terus menjadi lemah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.