saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan Persekutuan akan sentiasa berperanan membantu memantapkan sistem kerajaan tempatan walaupun sedar pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan Persekutuan sedar PBT merupakan organisasi kerajaan yang paling dekat dengan rakyat, memandangkan hampir keseluruhan perkhidmatan harian diuruskan PBT.

Katanya, dalam menterjemahkan komitmen berterusan membantu PBT, kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah besar peruntukan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan demi kesejahteraan rakyat.

Tahun lalu sahaja, jelasnya, kerajaan Persekutuan menyalurkan dana berjumlah RM887.1 juta dan peruntukan tersebut meningkat 2.1 peratus kepada RM905.7 juta pada tahun 2014 yang dijangka dapat membantu PBT meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Antara isu yang sering diperkatakan rakyat ialah penyediaan infrastruktur tidak mencukupi, kemudahan awam rosak tak dibaiki, perbandaran kurang cekap, keselamatan persekitaran tak terjamin dan sistem pengurusan sisa pepejal yang tidak memuaskan.

"Isu ini adalah isu PBT tetapi sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita meneliti dan mencari jalan penyelesaian," katanya semasa berucap dalam majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Jubli Emas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja PBT Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden ANULAE, Datuk Azih Muda.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin berkata, penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan PBT adalah inisiatif kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan transformasi sosial memandangkan 70 peratus penduduk tinggal di bandar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.