saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan

MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang mampu menarik pelaburan syarikat-syarikat dari luar termasuk Eropah.

Perdana Menteri berkata, dengan jumlah 600 juta penduduk dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$2.5 trilion, ASEAN akan membentuk potensi pasaran yang sangat besar untuk pelaburan dan perdagangan.

"Sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan, Malaysia akan memberi penekanan kepada perkara tersebut termasuk usaha-usaha mempertingkatkan hubungan antara rantau Asia Tenggara dan Kesatuan Eropah (EU)," katanya dalam sidang akhbar bersama beberapa pemimpin lain di hari terakhir Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10 di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin itu ialah Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi; Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy; Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso dan Presiden Mongolia, Tsakhiagin Elbegdorj.

Najib berkata, selain daripada menjadi pasaran tunggal itu, ASEAN juga akan berupaya menarik pelaburan luar dengan usaha-usaha penyepaduan antara negara-negara terbabit yang sedang giat dijalankan pada masa kini.

Katanya, kemudahan menjalankan perniagaan di rantau ini telah menjadi semakin baik dan ia akan terus diperbaiki pada masa depan, termasuk proses dan prosedur yang perlu dilalui oleh syarikat-syarikat luar.

"Sebagai pengerusi, kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN dan dengan rantau lain akan menjadi tumpuan utama Malaysia termasuk meningkatkan hubungan Asia-Eropah dan ASEAN-EU," tambahnya.

Katanya, selain itu, antara langkah penting lain yang akan diambil Malaysia ialah menggerakkan semula rundingan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-EU yang telah terhenti sebelum ini.

Sidang dua hari Asem yang berakhir hari ini itu menghimpunkan 53 negara dari dua benua dan merupakan forum untuk negara-negara dari Asia dan Eropah membincangkan mengenai isu-isu semasa.

Sementara itu, Van Rompuy berkata, rantau Eropah dan Asia sememangnya saling memerlukan kerana syarikat-syarikat Eropah diperlukan untuk melabur di Asia, sementara syarikat-syarikat Asia pula memerlukan Eropah sebagai destinasi pasaran produk-produk mereka. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.