saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Malaysia kembangkan wasatiyah melalui UNSC - Najib

MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan pemilihan Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan akan memperkembangkan agenda kesederhanaan atau wasatiyah ke peringkat global.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia dipilih menduduki salah satu kerusi itu selama dua tahun mulai tahun depan adalah satu kejayaan yang sangat bermakna dan berterima kasih kepada negara-negara yang menyokong pencalonan negara ini.

Beliau juga menyifatkan kejayaan itu sebagai penerimaan terhadap dasar-dasar Malaysia yang mengamalkan dasar luar berasaskan prinsip dan seterusnya menggariskan lima keutamaan yang akan dilaksanakan sebagai anggota UNSC.

"Lima keutamaan itu ialah mengembangkan agenda kesederhanaan pada peringkat global, menggalakkan rundingan dalam penyelesaian konflik, menggalakkan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), membantu proses mencapai keamanan di negara-negara konflik dan membincangkan reformasi komprehensif di dalam UNSC," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10 di sini, malam tadi.

Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat semalam. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.