saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

POPM Utara pelopori tanaman kurma

AHMAD Shalimin Ahmad Shaffie (kanan) dan Ahmad Rizal Abdul Rahman (kiri) menanam pokok kurma sebagai gimik perasmian Laman Kurma di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

IPOH 16 Okt. - Menyedari khasiat dan potensi ekonomi buah kurma, Pusat Operasi Medan (POPM) Utara, Kem Semerah Padi di sini mengambil inisiatif mewujudkan satu kawasan tanaman pokok itu yang dikenali sebagai Laman Kurma dengan menanam 10 batang pokok kurma hadiah kerajaan Thailand.

Apa yang menariknya, pokok kurma berkenaan mungkin yang pertama ditanam di kawasan bandar raya ini.

Penaung Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kuala Kangsar, Leftenan Kolonel (B) Aminuddin Abd. Karim berkata, usaha itu diharap dapat mengembangkan lagi tanaman kurma khususnya di bandar raya ini.

Menurut beliau, benih kurma spesies Bany yang ditanam adalah pemberian Timbalan Menteri Pertanian Thailand, Somchai Nakpradik baru-baru ini kepada seorang pegawai POPM Utara kem itu atas dasar hubungan baik kedua-dua pihak.

Beliau berkata, kurma jenis itu sesuai ditanam di negara ini kerana faktor cuaca dan saliran yang baik selain mempunyai harga pasaran yang tinggi.

"Tanaman kurma mungkin masih baharu di negara kita, namun di Thailand terutama di Chiang Mai, tanaman ini begitu meluas diusahakan kerana harga pasarannya amat baik.

"Kami berharap program ini akan menggalakkan pihak lain untuk menanam pokok kurma.

"Kami melihat kurma berpotensi sebagai pengganti kepada tanaman kelapa sawit," katanya selepas merasmikan Laman Kurma POPM Utara Kem Semerah Padi yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Menurut Aminuddin, kurma spesies Bany mudah ditanam dan dijaga, cepat berbuah iaitu dalam tempoh tiga tahun dan buahnya boleh dimakan mentah.

Beliau berkata, tempoh kurma spesies itu berbuah lebih cepat berbanding di kawasan Asia Barat iaitu lima hingga tujuh tahun.

Kata beliau, untuk jangka panjang tidak mustahil kurma mampu menggantikan kelapa sawit atau getah sebagai tanaman komoditi di negara ini.

"Kurma mudah ditanam, kurang ancaman serangga perosak dan memberikan pendapatan lumayan selain jangka hayat pokoknya boleh mencecah sehingga 100 tahun," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.