saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Keutamaan anak Sabah ikuti kursus perguruan

KOTA KINABALU 16 Okt. - Kementerian Pendidikan disaran memberi keutamaan kepada anak tempatan negeri ini untuk mengikuti kursus-kursus perguruan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, perkara itu penting memandangkan Sabah masih mengalami masalah kekurangan pendidik dalam kalangan anak tempatan selain terpaksa bergantung kepada guru dari Semenanjung.

"Kita bukannya menidakkan bakti yang dicurahkan guru dari Semenanjung, namun perkara ini penting demi melahirkan lebih ramai pendidik dalam kalangan anak tempatan.

"Perkara ini juga demi kelangsungan menuju status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pengambilan lebih ramai anak tempatan mengikuti kursus perguruan dilihat membantu kerajaan dari segi penjimatan kos pertukaran guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, dalam siri pengambilan pelatih guru baru-baru ini, hanya 10 peratus terdiri daripada anak negeri ini.

"Fenomena yang berlaku sekarang adalah apabila guru dari Semenanjung pulang ke kampung sendiri, sekolah yang ditinggalkan terasa kehilangan guru berpengalaman itu walaupun terdapat guru baharu.

"Perkara ini akan berlanjutan selagi tiada langkah drastik diambil bagi menambah nisbah pengambilan anak tempatan Sabah mengikuti kursus perguruan di IPTA," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar kemudahan asas pendidikan di Sabah dan Sarawak terus diperkasa termasuk bangunan sekolah, pejabat pentadbiran daerah serta kemudahan makmal komputer.

"Ini penting selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi penekanan terhadap pemantapan sekolah yang memerlukan bimbingan dan bantuan khusus," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.