saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Pusat pembiakan terumbu karang

NOLEE Ashilin Mohammed Radzi (tengah) bersama-sama peserta program pembersihan pantai dan dasar laut Pulau Giam di Pulau Pangkor, Lumut, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. HAZLI HASSAN

LUMUT 16 Okt. - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah pusat konservasi pembiakan terumbu karang di Pulau Sembilan dekat sini bagi melestarikan spesies itu di sekitar perairan negeri ini malah ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, program konservasi itu perlu di Pulau Sembilan bagi membolehkan khazanah alam itu terus kekal dan terpelihara bagi tatapan generasi akan datang.

"Perak agak ketinggalan dalam program konservasi terumbu karang dan kami memikirkan sudah sampai masanya satu pusat pembiakan aktif terumbu karang diusahakan bagi membolehkan pelbagai spesies marin itu dibiakkan kembali.

"Pulau Sembilan kini menjadi antara destinasi selam skuba bagi penyelam di negara ini ketika musim monsun timur laut di Laut China Selatan dan jika kita tidak menjaga persekitaran marin itu dari sekarang, ia bakal musnah tidak kira secara semula jadi atau disebabkan oleh manusia.

"Jadi kami melihat, program pembiakan terumbu karang yang dijalankan oleh pihak Ocean Quest ini sesuai dilakukan di Perak dan adalah lebih baik sebuat pusat tetap ditubuhkan untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan, malah lebih baik kerana ia yang pertama di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program pembersihan pantai dan dasar laut Pulau Giam, Pulau Pangkor di sini baru-baru ini yang turut hadir Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab; Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib dan Pengasas Ocean Quest Malaysia, Anuar Abdullah.

Menurut Nolee Ashilin, pusat aktif pembiakan terumbu karang itu akan diusahakan oleh semua pihak yang berkepentingan dan universiti terpilih termasuk syarikat-syarikat swasta yang berminat untuk melakukan program tanggungjawab sosial korporat.

Mengenai kemampuan melakukan pembiakan terumbu karang semula di Pulau Giam, beliau berkata, perkara itu boleh dilakukan namun memerlukan usaha yang berterusan.

"Ujian awal yang dijalankan menunjukkan keadaan air yang ada di kawasan ini amat bersesuaian untuk pembiakan semula terumbu karang, malah, ia boleh dijadikan kawasan taman terumbu karang yang baharu.

"Mungkin sesetengah orang kurang percaya ekoran keadaan air di Pulau Giam yang keruh, namun jangan terkejut jika saya katakan ada terumbu karang keras dan lembut yang cantik di dasar laut pulau ini... saya melihatnya sendiri selapas melakukan selaman di sini dan pembiakan secara berterusan boleh dilakukan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.