saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Kukuhkan bahasa Melayu di lima negara

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dengan Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand bagi memperkukuhkan bahasa Melayu di negara masing-masing sebelum bahasa itu boleh diangkat menjadi satu budaya.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, lima negara itu harus bertindak segera bagi menonjolkan peranan bahasa Melayu agar tidak diperkotak-katikkan oleh bahasa Inggeris atau bahasa lain sehingga hilang identiti bahasa warisan itu.

"Sebagai langkah awal, jalan penyelesaian terhadap kekangan untuk memartabatkan bahasa Melayu harus diteliti dengan melibatkan idea-idea para cendekiawan dan tokoh bahasa dari Malaysia dan Indonesia.

"Yang kedua, pengeluaran kamus Nusantara bersama beberapa negara yang majoriti penduduknya bertutur dalam bahasa Melayu akan dilaksanakan segera. Dalam hal ini Malaysia akan cuba mendapat perkenan daripada Sultan Brunei untuk bersama-sama menjayakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas berucap dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu bertemakan Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lalu.

Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) itu turut membentangkan beberapa kertas kerja daripada tokoh bahasa termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim.

Mengulas lanjut, Rais berkata, tidak ada ramuan rahsia atau mantera tertentu untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini sebaliknya ia mesti dipupuk melalui jati diri.

Katanya, pemimpin negara harus berani berucap dalam bahasa Melayu dengan baik dalam mana-mana majlis rasmi termasuk persidangan antarabangsa yang dihadiri delegasi luar kerana tindak-tanduk mereka akan menjadi teladan kepada rakyat.

Tambah beliau, sekiranya pemimpin segan atau malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu tidak mustahil imej dan penyampaian bahasa kebangsaan negara ini tidak boleh diperkasakan hingga ke peringkat antarabangsa.

"Dalam hal ini, kita boleh lihat sendiri apabila berkunjung ke negara luar misalnya di Perancis, pelancong akan disambut dengan bahasa ibunda mereka begitu juga di Indonesia namun keadaan itu tidak berlaku di Malaysia apabila kita ditegur dengan bahasa Inggeris.

"Jadi bagaimana orang luar iaitu pelancong ingin menyedari bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia? Usaha ini perlu melibatkan semua pihak termasuk sektor pendidikan dan swasta," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.