saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Syarikat 'ali baba' dipersoal

TENGKU Razaleigh Hamzah (tengah) bersama dari kiri Abdul Rahim Abdul Rahman, Huda @ Najwa Ikhwan, Abu Kassim Mohamed dan Mohd. Nizam Mahshar menunjukkan buku "MTEM lawan Rasuah" pada majlis pelancarannya dan forum "Barah Ali Baba Di Bumi Merdeka" di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempersoalkan tindakan pihak tertentu dalam agensi kerajaan yang masih memberi kontrak melaksanakan sesuatu projek kepada syarikat yang disenaraikan hitam kerana mengamalkan 'ali baba'.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, beliau hairan mengapa terdapat pegawai peringkat tinggi dalam penjawat awam berbuat demikian kerana menganggap amalan 'ali baba' sebagai satu perkara biasa dalam organisasi.

Menurut beliau, sepatutnya pegawai berkenaan memantau serta menjadi jaguh untuk memastikan amalan tersebut tidak berlaku.

"Boleh kita bayangkan seorang yang berpangkat tinggi dalam penjawat awam boleh katakan amalan ini perkara biasa. Ini bukan biasa tetapi perkara luar biasa. Mereka sepatutnya melihat pihak yang mengamalkan 'ali baba' umpama mereka yang makan makanan haram.

"Dari segi peraturan sesebuah agensi kerajaan, terdapat tindakan tertentu boleh diambil terhadap mereka yang terlibat dengan gejala ini tetapi ia perlu dikuatkuasakan dengan betul dan diambil tindakan tegas sebagai pengajaran kepada orang lain," katanya dalam forum 'Barah Ali Baba di Bumi Merdeka' anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (Istac) di sini hari ini.

Antara ahli panel yang mengambil bahagian ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Pengarah Eksekutif KPMG Malaysia, Mohd. Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd. Nizam Mahshar, Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman dan Pemegang Amanah MTEM, Huda Ikhwan.

Mengulas lanjut, Abu Kassim turut mengakui SPRM sukar untuk membanteras amalan 'ali baba' dalam kalangan pemilik lesen serta konsesi berikutan tiada undang-undang khusus untuk menangani perkara itu.

Beliau berkata, hal ini kerana undang-undang sedia ada hanya terhad kepada isu-isu rasuah dan belum wujud perundangan untuk menghukum mereka yang terlibat dalam gejala tersebut.

"Dari segi undang-undang, gejala 'ali baba' tidak dianggap satu kesalahan jenayah. Tetapi dari segi peraturan berkaitan menarik balik kontrak, lesen dan sebagainya sudah ada cuma penguatkuasaan mestilah tegas, justeru perlu ada perundangan menangani masalah mereka yang menyeleweng atau mensabotaj dasar-dasar yang digubal kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.