saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Pelan Strategik Teknologi Hijau dilancar tidak lama lagi

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan akan melancarkan Pelan Strategik Teknologi Hijau dalam tempoh tidak berapa lama lagi sebagai kesinambungan kepada Polisi Teknologi Hijau Kebangsaan yang mula diperkenalkan sejak 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan strategik tersebut akan menjadi testimoni kepada usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk menyediakan hala tuju jelas dalam pelaburan teknologi hijau.

Katanya, kerajaan percaya melalui dasar serta rangka kerja kukuh, langkah itu berupaya menggalakkan pelaburan lebih besar dalam segmen teknologi hijau terutama berkait isu air, tenaga, keselamatan makanan dan kesihatan.

"Isu perubahan iklim, kekurangan sumber dan kemusnahan alam sekitar adalah cabaran yang perlu diatasi masyarakat dunia dan tidak terkecuali Malaysia kerana ia faktor penting seiring usaha kita untuk muncul sebagai negara maju.

"Maka, kerajaan komited mahu mewujudkan ekosistem yang cekap termasuk menawarkan akses lebih baik menerusi penyediaan kredit dan insentif bagi menggalak pelaburan dalam teknologi hijau," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Eko Produk Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2014, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Tenaga Brunei, Datuk Dr. Mohammad Yasmin Umar dan Menteri Alam Sekitar Kemboja, Say Samal.

IGEM 2014 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini disertai 200 pempamer dari 14 negara, dengan sasaran 60,000 pengunjung manakala transaksi perniagaan diyakini mampu mencecah RM1.2 bilion.

Muhyiddin menambah, pelaburan dalam teknologi hijau menjanjikan pulangan menguntungkan untuk negara kerana permintaan masyarakat antarabangsa bagi produk yang mesra alam pada tahun 2008 sahaja adalah RM4.4 trilion.

Jumlah itu, jelasnya, bakal melonjak dua kali ganda pada 2020 sebagaimana jangkaan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Pertubuhan Pekerjaan Antarabangsa (ILO) menyebabkan Malaysia tidak boleh ketinggalan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.