saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Malaysia dipilih anggota tidak tetap UNSC

NEW YORK 16 Okt. - Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperoleh 187 undi daripada 192 negara yang mengundi bagi memilih lima wakil majlis itu di sini tengah hari ini.

Kejayaan yang dicapai itu diumumkan oleh Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sam Kutesa kira-kira pukul 11.45 pagi waktu tempatan (11.45 malam waktu Malaysia).

Ini merupakan kali keempat Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC. Kali terakhir negara menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

Sehingga tengah hari ini, Malaysia diumumkan sebagai salah satu anggota kerusi tidak tetap bersama Angola yang memperoleh 190 undi, diikuti Venezuela (181) dan New Zealand (145). Sepanyol dan Turki perlu mengadakan undian semula selepas gagal memperoleh dua pertiga undian.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa gembira atas kejayaan Malaysia meraih undian kedua tertinggi sekali gus mencatat sejarah berbanding kejayaan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua anggota PBB kerana menyokong dan mengundi Malaysia.

"Jumlah undian yang melebihi sasaran 130 undi sebagai satu bonus dan keyakinan negara luar terhadap kredibiliti Malaysia dalam memperjuangkan keamanan dan keselamatan dunia.

"Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 langsung tidak mematahkan semangat kami untuk terus memperjuangkan keamanan dunia malah telah membuat kami bekerja dengan lebih keras," katanya kepada pemberita Malaysia selepas pengumuman undian tersebut.

Sebelum ini, Malaysia menduduki kerusi itu pada 1965 (berkongsi dengan Czechoslovakia) 1989 hingga 1990 dan 1999-2000 di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tema kempen pencalonan Malaysia sebagai ahli tidak tetap kerusi UNSC adalah 'Keamanan dan Keselamatan melalui Kesederhanaan' dan pencalonan Malaysia telah diberi perakuan oleh 10 buah negara ASEAN pada 29 September 2013 dan Kumpulan Serantau Asia Pasifik pada 29 Januari lalu.

Dalam pemilihan UNSC kali ini, Malaysia adalah calon tunggal bagi mewakili rantau Asia Pasifik yang akan menganggotai kerusi berkenaan bagi tempoh 2015-2016 sementara Fiji pula akan mewakili Asia Pasifik dua tahun berikutnya.

Kerusi UNSC itu dianggap penting kerana ia memberikan negara anggotanya mencampuri dan bersuara dalam menangani isu berkait dengan keamanan dan keselamatan dunia - dari Syria ke Palestin, sekatan terhadap Iran dan Korea Utara, kegiatan keganasan meliputi militan Negara Islam (IS) dan operasi pasukan pengaman PBB.

Majlis itu dianggotai 15 negara termasuk lima anggota tetap yang mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, Britain dan Perancis, manakala 10 lagi anggota tidak tetap yang dipilih untuk tempoh dua tahun.

Anifah berkata, cabaran untuk menduduki kerusi tidak tetap itu tidak mudah namun berasa positif kerana segelintir meletakkan harapan tinggi terhadap Malaysia untuk menyelesaikan pelbagai konflik antarabangsa dan tidak beranggapan negara kecil tidak mempunyai sebarang peranan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.