saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 17/10/2014

Dosa suami

ISTERI tahu suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain. Bolehkah si isteri menegur suaminya atau meminta cerai?

Jawapan:

Hubungan sulit ini mempunyai beberapa tafsiran. Apa yang penting ialah adakah hubungan sulit itu telah sampai kepada suatu tahap terlanjur dan berzina dengan makna yang kita fahami iaitu tidur bersama dan melakukan hubungan kelamin.

Dalam hal ini, zina adalah satu dosa bahkan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Ia adalah perkara keji. Maka si isteri berhak menegur suaminya yang telah melakukan maksiat.

Teguran itu sewajarnya diberikan dalam nada yang baik dan sopan. Isteri tidak bertanggungjawab terhadap dosa suami. Maka dosa suami hanya ditanggung oleh si suami sahaja tanpa melibatkan apa-apa saham bagi pihak isteri. Namun adalah wajar bagi memelihara kepentingan rumah tangga dan kepentingan si isteri, maka si isteri menegur suaminya.

Kepentingan rumah tangga adalah bagi memelihara kerukunan dan keharmonian rumah tangga. Dengan sikap suami yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, sudah tentu si isteri tidak akan berasa aman dalam kehidupan suami isteri. Isteri akan berasa ditipu, dikhianati, kasih sayang yang berkurangan dan sebagainya. Ini memberikan kesan negatif dalam emosi seorang isteri. Natijahnya ialah kehidupan rumah tangga yang bermasam muka, bergaduh dan sebagainya.

Si isteri juga berhak memelihara kehormatan diri daripada ditiduri oleh suaminya. Ini kerana hubungan kelamin yang tidak halal biasanya membawa kepada berbilang pasangan. Kemungkinan ada juga kes di mana suami melanggan pelacur. D

alam hal ini, kebarangkalian untuk terkena jangkitan HIV adalah tinggi. Maka bagi tujuan memelihara diri daripada jangkitan HIV yang mungkin wujud dalam diri suami, maka isteri mempunyai hak untuk menolak ajakan suami untuk bersama. Ini kerana dalam Islam, mudarat hendaklah dihilangkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.