saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 17/10/2014

Masjid Al-Fateh terima sumbangan

NORSABRINA Mohd. Noor (dua dari kanan) menyerah bahan bacaan agama kepada Rohaizat Jaafar (tiga dari kanan) sambil diperhati P’ng Soo Hong (tiga dari kiri) pada Program Mahabbah Komuniti First Solar 2014 di Masjid Al-Fateh Serdang, Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini.

SEJUMLAH RM2,000 telah disumbangkan sebuah syarikat pembuat panel solar dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) kepada pihak pengurusan Masjid Al-Fateh Pekan Serdang, Bandar Baharu, Kedah untuk membeli pelbagai bahan bacaan agama di perpustakaan masjid itu sempena Program Mahabbah Komuniti First Solar 2014, baru-baru ini.

Pengarah Urusan First Solar Malaysia Sdn. Bhd., P’ng Soo Hong turut hadir melihat upacara penyerahan itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd. Noor kepada imam masjid itu, Rohaizat Jaafar.

Sebanyak 91 jenama buku agama diserahkan untuk Perpustakaan Masjid Al-Fateh Serdang sempena program itu.

Setiausaha masjid berkenaan, Mohamad Zukhi Saad berkata, langkah diambil oleh pihak berkenaan bagi menyerah buku-buku agama itu adalah baik sekali.

“Mereka yang berada di masjid ini tentu gembira kerana bilik perpustakaan sekarang ini terdapat banyak buku agama untuk membuat pelbagai rujukan masing-masing," katanya.

Menurutnya, syarikat menyerahkan buku-buku itu setelah kilangnya, First Solar Malaysia Sdn. Bhd. beroperasi di Kulim Hi-Tech Park sejak 2008.

“Ia adalah sebuah kilang pengeluar solar panel yang terbesar di dunia dan mereka juga sanggup memberi pelbagai kemudahan lain termasuk untuk memasang papan solar di kawasan masjid tidak lama lagi," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Norsabrina Mohd. Noor ketika berucap di majlis itu berkata, langkah diambil oleh syarikat dari AS untuk mengadakan hubungan baik dengan penduduk tempatan dan sanggup menyerah bahan-bahan bacaan berupa kitab-kitab agama, adalah baik sekali.

Norsabrina yang juga Ahli Dewan Undangan Bandar Baharu berkata, kewujudan kilang First Solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) sejak beberapa tahun lalu, banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Sehingga ini, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan oleh pihak pengurusan kilang berkenaan dengan penduduk di daerah Kulim dan diharap aktiviti begini dapat diteruskan," katanya.

Turut hadir di majlis itu, Pengarah Sumber Manusia First Solar Malaysia, Masliza Mansor dan Pengurus Equipment Engineeringnya, Hishamuddin Jaafar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.