saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 15/10/2014

Raihan dilantik ikon IRM

CHE Amran Idris (kiri) disaksikan Zairulshahfuddin Zainal Abidin (dua dari kanan) menandatangani kerjasama selepas dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan IRM, baru-baru ini.

PERTUBUHAN Islamic Relief Malaysia (IRM) baru-baru ini melantik kumpulan nasyid terkemuka negara, kumpulan Raihan sebagai Ikon Kemanusiaan bagi pertubuhan bantuan kemanusiaan itu.

Kerjasama itu dibuat dalam usaha memperluas dan menarik minat lebih ramai masyarakat daripada semua lapisan umur untuk menyertai atau menyokong IRM meneruskan kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Pengarahnya, Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, selain mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai isu kemanusiaan, ikon ini juga diharapkan dapat menaikkan semangat orang ramai untuk lebih menyumbang menerusi kempen yang dijalankan.

“Kami amat berbesar hati dengan kerjasama kemanusiaan yang terjalin ini. Diharapkan kerjasama yang terjalin ini berjaya menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan kepada masyarakat di luar sana menerusi kekuatan aura Raihan yang luar biasa ke arah mewujudkan masyarakat yang perihatin," katanya.

Beliau berkata ketika Sidang Media pelantikan Ikon Kemanusiaan IRM yang telah diadakan di Pejabat IRM, Bandar Baru Bangi. Yang turut hadir, ahli kumpulan Raihan, Che Amran Idris, Amran Ibrahim, Abu Bakar Md Yatim dan Zulfadli Mustaza.

IRM turut membariskan nama-nama lain seperti Irma Hasmie dan suaminya Redza Shah serta penyanyi antarabangsa, Farid Sanullah sebagai Ikon Kemanusiaan IRM.

Sementara itu, wakil kumpulan Raihan, Che Amran menyatakan komited terhadap kerjasama yang dijalankan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Raihan akan memberi sokongan padu dalam setiap aktiviti yang telah dirancang dan bakal diadakan oleh IRM seperti ‘Bowling for Hunger’, ‘Football for Humanity’, ‘Pre-Loved Coffee Morning’, ‘Siri Jelajah IPT’ di seluruh negara dan aktiviti-aktiviti lain. Kerjasama ini diharapkan berterusan pada masa akan datang," ujarnya.

Sehingga kini pertubuhan Islamic Relief (IR) telah berkhidmat di lebih 40 buah negara dan mempunyai rangkaian tetap di lebih 30 buah negara di seluruh dunia. Selain daripada bantuan semasa fasa kecemasan, IR juga terlibat dalam pembangunan sosial secara bersepadu, melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.