saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 14/10/2014

Memperkasa teras kebajikan

MASJID As-Salam dinobat sebagai penerima Anugerah Masjid Malaysia, baru-baru ini.

TIDAK hanya tertumpu sebagai pusat ibadat khusus, institusi masjid yang juga rumah ibadah bagi umat Islam merupakan pusat pelbagai kegiatan masyarakat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika zaman pemerintahannya.

Mengambil contoh amalan tersebut, Masjid As-Salam, yang terletak di Puchong Perdana, Puchong memperluas fungsinya bukan sahaja mengimarah menerusi pengisian dalaman, malah memfokuskan kepada aktiviti kebajikan bersama masyarakat.

Nazir Masjid As-Salam, Yasim Mohamed berkata, langkah itu diambil bagi membuktikan peranan masjid yang menjadi simbolik bagi menggambarkan imej umat Islam sebagai penggerak masyarakat serta mampu menyumbang dalam semua aspek.

Tambah Yang Dipertua Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (Pimpinan) itu, ia adalah menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan Masjid As-Salam meliputi bidang pendidikan, ekonomi dan juga sosial.

"Institusi masjid bukanlah sekadar menjadi pusat untuk menunaikan solat dan ceramah sahaja, tetapi kita ingin menunjukkan bahawa ia juga mampu menyumbang kepada pelbagai kegiatan masyarakat, sekaligus menjadikan masjid sebagai salah satu medium yang dikatakan oleh Allah SWT Rahmatalilalamin (rahmat ke seluruh alam).

"Tidak hanya tertumpu kepada umat Islam, malah rahmat yang dirasai itu turut dapat dinikmati oleh orang bukan Islam yang berada di kawasan sekitar. Sebagaimana yang dilakukan di Masjid As-Salam, kita menjadikan aspek kebajikan sebagai salah satu teras utama dalam penubuhannya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dirasmikan pada tahun Disember 2006 oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Masjid As-Salam yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung, baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima anugerah Juara Masjid Kariah 2014 dalam Anugerah Masjid Malaysia.

Menerusi anugerah tersebut, sebanyak 42 masjid di seluruh negara dinilai menggunakan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan empat kriteria iaitu pengurusan, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran.

Yasim berkata, dalam bidang pendidikan, Masjid As-Salam menganjurkan kelas pembelajaran seperti Tadika As-Salam, Program Khas Kemasukan Institut Pengajian Tinggi bagi anak-anak golongan asnaf dan berpendapatan rendah, Kelas al-Quran, kursus perkahwinan dan banyak lagi.

"Manakala pihak masjid juga mengadakan bancian bagi mendapatkan maklumat penduduk sekitar kariah masjid untuk diberikan bantuan bagi mereka yang kurang berkemampuan menerusi kebajikan ekonomi Masjid As-Salam. Malah bantuan yang diberikan boleh diperoleh secara langsung mengikut keadaan pemohon.

"Masjid As-Salam juga menubuhkan pasukan Skuad Banjir As-Salam untuk dihantar bagi membantu mangsa banjir yang berlaku di lokasi terpilih seluruh negara. Selain membantu mencuci rumah, skuad juga akan menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada mangsa banjir terlibat.

"Sumbangan yang diberikan ini kesemuanya adalah diperoleh menerusi kutipan derma dan juga sumbangan berbentuk barangan yang diberikan oleh orang ramai untuk disumbangkan semula bagi manfaat golongan yang lebih memerlukan," jelasnya.

Bagi membolehkan orang ramai menderma secara terus, Masjid As-Salam turut menyediakan Tabung Infaq dan sumbangan khas di hadapan pintu utama masjid berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit.

Bantu gelandangan

Tidak menghadkan bantuan kepada penduduk setempat, Yasim berkata, Masjid As-Salam turut memperluaskan bantuan dengan memberi sumbangan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

Tidak pernah dilakukan oleh mana-mana masjid sebelum ini ia katanya, bagi melihat sendiri permasalahan yang berlaku di samping memberi pendedahan sebenar kepada ahli sukarelawan masjid mengenai gejala sosial tersebut.

"Prihatin terhadap permasalahan sosial yang berlaku, pihak Masjid As-Salam turut tidak ketinggalan untuk mengadakan program bagi memantau gelandangan dan juga golongan bermasalah di sekitar pusat bandar.

"Pada program itu, kita bersama ahli sukarelawan Masjid As-Salam akan memberikan sedikit sumbangan berupa makanan kepada mereka serta ceramah ringkas. Ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai realiti yang berlaku di negara ini," katanya.

Tidak ketinggalan dalam memberikan peluang kehidupan kepada banduan, Yasim berkata, Masjid As-Salam dalam proses menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan terpilih untuk berkhidmat di institusi tersebut.

"Kita telah pun bekerjasama dengan pihak penjara yang terpilih untuk memilih bekas banduan yang berpotensi dan ingin berubah untuk bekerja di Masjid As-Salam.

"Usaha ini diambil berikutan masalah yang dihadapi oleh bekas banduan untuk mendapatkan pekerjaan selepas keluar daripada tahanan oleh kerana rekod buruk mereka. Sehinggakan keluarga sendiri ada yang tidak menerima mereka, apatah lagi holongan majikan untuk mengambil mereka bekerja.

"Selain itu, menerusi peluang ini sekurang-kurangnya kita dapat membentuk bekas banduan tersebut untuk sentiasa taat kepada perintah agama dan membawa mereka ke pangkal jalan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.