saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 29/09/2014

Aerob sesuai di tanah gambut

Dr. Sariam Othman (kanan) dan Ketua Pengarah MARDI , Dr. Sharif Haron (dua dari kanan) meneliti padi aerob yang ditanam kawasan lain termasuk di Seberang Perak.

SEPERTI sedia maklum, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bertanggungjawab dalam menggiatkan usaha khususnya dalam penyelidikan padi negara.

Jika sebelum ini institusi tersebut giat memperkenalkan varieti baharu iaitu MRIA 1, kali ini sudah tiba masa untuk MARDI menuai hasil yang diperoleh daripada padi yang turut dikenali sebagai aerob.

Padi aerob yang di tanam di kawasan tanah gambut seluas tiga ekar berhampiran Pejabat MADRI, Klang, Selangor pada 12 Mac lalu telah sedia untuk dituai.

Menurut Pengarah projek penanaman padi Aerob MARDI, Dr. Sariam Othman, sistem penanaman padi aerob hanya memerlukan 90 hari untuk dituai berbanding padi biasa yang mengambil masa sehingga 100 hingga 120 hari.

“Padi aerob berbeza dengan padi biasa kerana ia sesuai ditanam di kawasan luar jelapang dan tanah gambut selain boleh ditanam sehingga tiga kali setahun dengan anggaran pengeluaran empat hingga lima tan sehektar.

“Di samping itu juga, projek yang mengurangkan keperluan air untuk tanaman padi itu turut bertujuan mengurangkan pergantungan negara kepada pengeluaran padi sawah yang memerlukan sistem pengairan," katanya ketika ditemui pada majlis penuaian padi aerob di Klang baru-baru ini.

Padi aerob merupakan sistem penanaman padi yang mengurangkan keperluan air menerusi penanaman varieti padi berhasil tinggi dalam keadaan tanah aerob iaitu tanah yang tiada air bertakung dan beroksigen.

Varieti ini juga memberi respons kepada input terutamanya baja yang tinggi selain mendapat bantuan pengairan sekiranya air hujan tidak mencukupi.

Berbeza pula dengan padi huma yang mengeluarkan hasil lebih rendah selain penggunaan input rendah tanpa bantuan pengairan.

Penanaman padi aerob dapat menjimatkan penggunaan air dari sistem pengairan sehingga 50 peratus atau lebih berbanding keperluan air untuk tanaman padi sawah.

Sariam yang juga Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI memberitahu, penanaman padi aerob jenis MRIA 1 dijangka dapat memulihkan tanah terbiar di seluruh negara sekali gus menjadi alternatif dalam mengatasi isu kekurangan air akibat perubahan cuaca yang dijangka melanda seluruh negara.

Mengulas mengenai penuaian padi aerob di kawasan tanah gambut, beliau memberitahu tujuan pengenalan padi aerob di kawasan tersebut yang mula ditanam pada 12 Mac lalu adalah untuk mengenal pasti potensi penanaman serta pengeluaran padi tersebut sebelum diperluaskan ke kawasan tanah gambut yang sesuai.

Sebagai rekod, projek yang dijalankan pada 2005 itu bermula dengan varieti AERON 1 daripada Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) yang disaringkan ke kawasan penyelidikan di MARDI Seberang Perai.

Sistem pengeluaran padi aerob yang dibangunkan merupakan pakej teknologi merangkumi beberapa aspek seperti pembangunan antaranya varieti, pengurusan serangga dan penyakit, pengendalian lepas tuai, penilaian mutu serta nilai nutrisi beras aerob.

Menerusi pembangunan penyelidikan, varieti padi aerob iaitu MRIA 1 berjaya dibangunkan hasil mutasi kimia dari baka IRRI.

“Vareiti ini mempunyai tempoh matang yang singkat sekitar 90 hari dengan potensi antara empat hingga lima tan sehektar dan yang paling membanggakan, ia rintang kepada penyakit karah, hawar seludang dan hawa daun bakteria.

“Selain itu, vareiti ini juga mampu mengelak daripada ancaman haiwan perosak seperti siput gondang," tambahnya lagi.

Analisis kualiti yang telah dijalankan terhadap vareiti MRIA 1 mendapati ia mengandungi protein lebih tinggi sekitar 9.8 peratus berbanding beras putih biasa yang kurang daripada tujuh peratus.

Kandungan logam berat seperti arsenik dan plumbum juga berada di bawah paras yang dibenarkan iaitu lingkungan 0.1 miligram per kilogram (0.1 mg/kg).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.