saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 01/09/2014

Perbena tarik minat golongan muda

Bagi memastikan masyarakat nelayan terus berkembang, kerajaan telah mengusahakan pelbagai program bagi membantu mereka.

Antara agensi yang paling hampir dengan komuniti ini adalah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

LKIM merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab menjaga hal berkaitan sosioekonomi nelayan.

Pembangunan sosioekonomi masyarakat nelayan telah berjalan sejak sekian lama tetapi yang menjadi masalah ketika ini ialah isu kurangnya penyertaan golongan muda bagi menyambung warisan pekerjaan tersebut.

Rata-rata golongan belia terutamanya anak-anak nelayan kurang berminat untuk meneruskan pekerjaan yang dipandang kurang menjamin masa hadapan mereka.

Golongan tersebut tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kehidupan sebahagian besar golongan nelayan sememangnya agak sukar dan ia mendorong anak-anak mereka tidak lagi mewarisi pekerjaan tersebut.

Namun, LKIM mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Belia Nelayan Malaysia (Perbena) bagi membantu anak-anak nelayan membina masa hadapan yang lebih baik.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, persatuan tersebut diwujudkan bagi melatih golongan belia dan menanam minat mereka dalam program keusahawanan dalam industri perikanan.

“Kita kita telah mendaftarkan hampir 2,000 ahli yang terdiri daripada golongan belia dari seluruh negara.

“Pendaftaran masih lagi terbuka bagi golongan muda dan diharapkan persatuan ini akan terus berkembang bagi membantu golongan sasar tersebut" katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar Irmohizam lagi, persatuan itu juga merupakan inisiatif LKIM untuk memupuk minat anak-anak nelayan untuk menjadi usahawan dalam industri yang sama sekali gus dapat mengubah nasib keluarga mereka.

Sehingga kini, persatuan tersebut terus menerus mendapat sambutan dalam kalangan anak-anak belia nelayan dan pendaftaran sentiasa terbuka untuk mereka.

Sementara itu bagi Presiden Perbena, Hairul Aidi Amri, beliau mahu 'turun padang' bertemu golongan tersebut di persatuan nelayan kawasan (PNK) bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh golongan belia yang ingin menjadi nelayan.

Sebelum ini katanya, Kumpulan Belia Nelayan (Kobena) telah diwujudkan di bawah PNK tetapi peranannya tidak begitu menonjol.

Menurut Hairul Aidi, antara masalah yang dikenal pasti ialah perbezaan umur antara ahli PNK dan Kobena yang sekali gus mencetuskan isu jurang komunikasi dan hubungan antara dua golongan tersebut.

“Sebab itu apabila Datuk Irmohizam (Ibrahim) mengambilalih (Pengerusi LKIM), kita wujudkan Perbena dengan matlamat melahirkan golongan belia sebagai nelayan dan usahawan menerusi aktiviti pemasaran iklan,’’ ujarnya.

Perbena telah dilancarkan di peringkat kawasan di Kuala Selangor pada pertengahan bulan lepas manakala pelancaran peringkat kebangsaan dijangka Oktober ini.

Hairul Adi berkata, antara visi beliau ialah melahirkan dua golongan belia nelayan iaitu luar bandar yang berfungsi sebagai pengeluar manakala nelayan bandar sebagai pemasar produk perikanan,’’ katanya.

Mungkin segelintir mereka di bandar akan berperanan sebagai cabang pemasaran menerusi pasar tani di seluruh negara.

Pada masa yang sama, beliau telah merancang pelbagai program yang melibatkan ahli Perbena antara 18 dan 40 tahun itu.

Antaranya melibatkan Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) yang membolehkan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserapkan terus ke pusat tersebut.

Tiga lapisan umur di kenal pasti sebagai kumpulan sasar belia nelayan yang akan diberi latihan mengikut peringkat termasuk yang berusia antara 18 dan 40 tahun sebagai usahawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.