saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 11/08/2014

MARDI galak golongan muda sertai pertanian

MARDI mempunyai program yang menggalakkan golongan muda menyertai bidang pertanian. - Gambar hiasan

Golongan muda yang masih tercari-cari pekerjaan dan berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian sewajarnya tidak melepaskan peluang menyertai program usahawan muda anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu akan menganjurkan satu program agropreneur muda yang diadakan di ibu pejaba nya di Serdang, Selangor esok.

Program yang diusahakan oleh Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI tersebut bakal memberi peluang perniagaan kepada generasi muda menerusi pakej yang disediakan.

Menurut kenyataan MARDI antara objektif program tersebut ialah memberi peluang perniagaan kepada generasi muda melalui perniagaan pakej perniagaan bimbingan MARDI

“Tujuan program ialah bagi melahirkan agropreneur muda yang menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan tinggi,’’ katanya.

MARDI mengsasarkan penyertaan seramai 300 orang terutamanya generasi muda di bawah umur 40 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.

Malah, usahawan yang bakal dilahirkan bukanlah sembarangan tetapi usahawan yang boleh menjadikan sektor pertanian sebagai sebuah industri yang moden dinamik serta menjanjikan pendapatan yang tinggi.

Sepanjang program tersebut berlangsung, terdapat juga beberapa peluang atau pakej perniagaan daripada usahawan bimbingan MARDI ditawarkan.

Program berlangsung sepanjang hari bermula dengan majlis pembukaan seterusnya sesi pembentangan daripada usahawan bimbingan MARDI.

Selain pembentangan pakej projek oleh enam usahawan bimbingan MARDI, terdapat juga sesi dialog bersama keenam-enam usahawan dan agensi pembiaya diadakan.

Aktiviti lain yang turut dimuatkan adalah klinik usahawan, pameran contoh kiosk dan pakej daripada enam usahawan tersebut.

Program tersebut dijangka dirasmikan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron. Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kelab Usahawan Tani Malaysia (Kuat), Zahari Abu Yazid berkata, pihaknya memberi penghargaan kepada MARDI atas inisiatif meningkatkan penyertaan golongan muda dalam bidang pertanian

“BizTalk ini merupakan promosi terbaik untuk perniagaan tani dariapda ahli Kuat seperti Melawati Kebab dan Perfect Agro," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bidang industri pertanian belum diterokai sepenuhnya oleh rakyat tempatan.

Sepatutnya kata beliau, selain memberi nilai tambah dan pulangan yang tinggi, ia boleh melibatkan lebih ramai usahawan muda dalam rantaian nilai terutama dalam aspek pemasaran, logistik dan pengeluar bahan mentah.

Apa yang penting, usaha menstransformasi industri pertanian menerusi kaedah moden seperti penjenamaan, sistem francais, lebih

ramai pengguna akan beralih kepada produk tempatan. Masalah tersebut selama ini telah direbut oleh syarikat luar negara.

“Melawati Kebab dan Perfect Agro telah bersedia dengan model perniagaan yang bukan sahaja mengikut cita rasa tempatan, malah memberi pulangan yang tinggi dan dalam masa yang singkat," ujarnya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur menerusi akaun laman sosial Facebook di AgroTechnoPreneur MARDI atau e-mel ke [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.