saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 21/07/2014

Lahirkan lebih ramai usahawan muda

WAN Darman Wan Abdullah boleh berbangga dengan kejayaan peserta bimbingan Jabatan Pertanian .

Kejayaan yang dicapai oleh usahawan bimbingan Jabatan Pertanian dipacu menerusi pelbagai program yang dianjurkan selama ini termasuk yang dikecapi oleh seorang usahawan makanan sejuk beku Dzulkarnain Mohd. Jasmi Tan.

Dia mungkin meneruskan legasi keluarga dalam perniagaan yang memudahkannya melonjak lebih cepat tetapi tanpa bimbingan Jabatan Pertanian, sesiapa pun tidak dapat mengagak setakat mana langkahnya dalam perniagaan dapat bergerak lebih jauh.

Sebab itu, peranan dan tanggungjawab Jabatan Pertanian dalam melahirkan usahawan tidak boleh dinafikan malah terus diperhebatkan menerusi pengenalan program tertentu.

Dua dariapada program besar yang disifatkan sangat membantu golongan usahawan terutama yang muda dan bergelar graduan ialah Program Inkubator Usahawan Belia Tani dan Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan.

Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian, Datuk Wan Darman Wan Abdullah, kedua-dua program dan kursus tersebut diperkenalkan sebagai satu inisiatif melahirkan usahawan dalam kalangan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

"Kedua-dua program ini dibangunkan bagi mengisi keperluan usahawan muda yang boleh menjadi pelapis dalam sektor pertanian sama ada tanaman atau pemprosesan makanan," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Wan Darman berkata, berikutan pengenalan kedua-dua program berkenaan, pihaknya telah menyediakan pusat latihan berdasarkan keperluan program dan kursus tersebut.

Sebagai contoh bagi kursus Keusahawaan Pemprosesan Makanan yang mula diadakan pada 2002, sebanyak tujuh buah Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) disediakan mengikut pelbagai jenis pengkhususan.

Kursus tersebut kata beliau dijalankan secara hands on bagi membolehkan peserta mahir daripada segi teknikal pengeluaran produk bermutu, komersial dan menepati standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

Selain itu mereka, juga didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang professional terutama dalam aspek keusahawana, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, dan penyediaan rancangan perniagaan.

"Peserta juga berpeluang menyertai program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian sebagai pendedahwan awal," katanya.

Antara bidang pengkhusuan yang ditawarkan termasuk makanan sejuk beku, bakeri snek dan makanan ringan dan masa berkursus sehingga enam bulan.

Mereka yang ingin memohon perlu memathu syarat antaranya berumur antara 20 dan 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional.

Peserta perlu tinggal di asrama dengan kemudahan penginapan serta makan-minum turut disediakan.

Bagi mereka yang kurang berminat dengan bidang keusahawanan makanan, Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) boleh dijadikan alternatif atau pilihan sekiranya memasang impian mahu menjadi usahawan dalam bidang tanaman.

Program IUBT diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian pada 2003 yang merupakan satu bentuk latihan untuk belia tani bertujuan membimbing dan member pengalaman secara hands on di ladang yang mereka usahakan sendiri.

Mereka yang terpilih akan melalui satu tempoh latihan selama lapan bulan sebelum menceburkan diri dalam projek komersial di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau projek tanah terbiar.

Program ini disasarkan kepada graduan institust pertanian, graduan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, pesara polis dan tentera serta mereka yang berminat.

Yang menariknya, peserta yang terpilih akan menerima elaun wang saku, elaun makan dan penginapan.

Bagaimanapun pengambilan tertakluk kepada syarat kelayakan seperti warga negara Malaysia berumur antara 21 dan 40 tahun kecuali pesara tentera dan polis serta memiliki kelayakan SPM dan SPMV manakala mereka yang layak akan dipanggil temu duga.

Mengulas mengenai pencapaian kedua-dua prpgram dan kursus tersebut setakat ini, Wan Darman berkata, pihaknya kini telah merekodkan banyak kejayaan antaranya melatih 650 belia dan beliawanis dari Semenanjung Malaysia dalam bidang pemprosesan makanan melalui di PBU) melatih seramai 474 belia dan beliawanis menerusi Program Inkubator Belia Tani.

Pada masa sama, bilangan industri usahawan asas tani yang mendapat bimbingan jabatan tersebut telah meningkat dalam tempoh lima tahun daripada 3,025 orang pada 2008 kepada 8,693 usahawan berdaftar dan 7,043 usahawan berhasil pada 2012.

Usahawan bimbingan jabatan tersebut juga telah berjaya meningkatkan hasil jualan tahunan hampir 250 peratus daripada RM282 juta setahun pada 2008 kepada RM721.59 juta setahun pada 2012.

Kebanyakan usahawan terbabit masih lagi di tahap mikro yang melibatkan jualan tahunan kurang RM250,000 bagi usahawan pemprosesan makanan dan nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM200,000 bagi usahawan tanaman.

"Apa yang penting ialah menerusi kedua-dua program dan kursus tersebut, peserta terutama golongan belia diberi pendedahan berkaitan pengurusan produk, selepas tuai, perundangan termasuk kontrak dengan pembekal, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan sumber modal, pengurusan pemasaran dan pengurusan produk lepas tuai," ujarnya.

Banyak aspek lain turut diberi penekanan termasuk cara memproses makanan, kebersihan dalam penyediaan makanan serta premis dan diedahkan dengan kaedah penyediaan dan pengendalian yang menepati AktaMakanan serta pensijilan halal,

Mereka juga berpeluang mengendalikan mesin dan peralatan memproses makanan yang disediakan menggunakan alat pengadun atau pencampur pelbagai guna blast chiller dan banyak membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Bagi usahawan tanaman pula, inilah peluang bagi mereka mempelajari kaedah penanaman moden seperti teknologi fertigasi dan selain tanaman terbuka.

Pendek kata, ilmu keusahawanan yang diterapkan kepada peserta bagi kedua-dua program dan kursus sebenarnya telah melengkapkan mereka untuk menceburi bidang tersebut secara lebih komprehensif.

Pencapaian tersebut juga menjadi penanda aras kepada Jabatan Pertanian untuk terus melahirkan usahawan muda dalam bidang pertanian termasuk industri yang menjadi perhatian kerajaan pada masa ini.

Selain itu dua program tersebut Jabatan Pertanian juga telah memberi peluang kepada 291 belia untuk mengikuti latihan belia di Jepun dalam bidang tanaman di samping mendapat kemahiran sejak 1985 hingga 2012.

Pada masa sama, jabatan terbabit memperkenalkan Program Inkubator Pengeluaran Benih Tanaman selama tempoh lapan bulan melibatkan lima orang pada 2012 bersama Sime Darby Seed Sdn. Bhd. varieti jagung manis SD01 sebanyak 11 tan metrik bernilai RM22,000 diedarkan oleh Sime Darby.

Program pada tahun 2013 diadakan dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan melatih lima belia mengeluarkan benih kacang panjang varieti 330 sebanyak 500 kg bernilai RM12,000.

Pada tahun lepas pula Unit Agropreneur Muda (UAM) diwujudkan bagi melahirkan usahawan muda berdaya saing kreatif dan berpendapatan tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.