saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 14/07/2014

Tyzo bangga dibimbing TPM Biotech

DR. Mohd. Faizal Wahidin (kiri) dan Tuah Zoqarnain berbincang sesuatu dengan Ahmad Husni Johari.

Perkembangan industri herba kini semakin rancak berdasarkan kemunculan banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) dan menghasilkan pelbagai produk di pasaran.

Pencapaian tersebut didorong oleh beberapa faktor antaranya Malaysia memiliki khazanah herba yang kaya yang boleh dimanipulasikan, permintaan hasilan herba dalam bentuk makanan kesihatan sentiasa mendapat permintaan dan persekitaran industri yang kondusif .

Persekitaran industri yang kondusif menurut kebanyakan pengusaha atau pemilik syarikat antara faktor yang sangat penting membolehkan mereka bergerak untuk mencapai impian sebagai usahawan berjaya.

Apatah lagi model pembangunan usahawan berasaskan bioteknologi herba yang diperkenalkan oleh agensi tertentu dengan cadangan serta bimbingan serta kemudahan yang ditawarkan benar-benar memberikan mereka harapan besar menjadi usahawan herba.

Oleh itu, peluang yang ditawarkan oleh TPM Biotech Sdn. Bhd. sebagai contoh dalam membangunkan usahawan herba wajar direbut oleh mereka yang bersedia menerima cadangan dan pandangan serta bimbingan bagi memajukan perniagaan.

TPM Biotech, anak syarikat Technology Park Malaysia (TPM) sejak penubuhannya pada 2006 telah menjadi pilihan 500 usahawan herba yang mendapat bimbingan dan kemudahan daripada dua pusat yang dimiliki di Perlis dan Raub Pahang yang menghasilkan kira-kira ratusan produk.

Satu daripada syarikat yang telah menapak dalam memajukan industri herba ialah Tyzo Sdn. Bhd. yang beroperasi di Lembah Klang dan telah dua tahun membangunkan produk berasaskan buah tunjuk langit.

Pengarah Urusannya, Tuah Zoqarnain Idris berkata, pihaknya memilih buah tunjuk langit kerana percaya khasiatnya yang banyak dan dipercayai dapat membantu dalam penjagaan kesihatan, Kebetulan kata beliau, produk yang menggunakan herba tersebut belum banyak di pasaran.

“Kami melalui banyak proses sebelum sampai ke peringkat sekarang dan mula membuat kajian dengan bantuan beberapa pihak seperti Universiti Teknologi Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),’’ katanya selepas meninjau kemudahan di Pusat Biotek Herba milik TPM Biotech di Raub Pahang baru-baru ini.

Rombongannya diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM Biotech, Ahmad Husni Johari dan turut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Operasinya, Mohd. Nasrullah Razalli.

Tidak lama selepas itu, selepas mengetahui kelebihan buah tunjuk langit, pihaknya mencari kilang di Johor untuk meneruskan hasrat membangunkan produk berasaskan buah berkenaan dan diperkenalkan kepada sebuah syarikat.

Bagaimanapun peluang dipertemukan dengan TPM Biotech bagai merintis jalan kepada hasrat melunaskan impiannya membangunkan produk berasaskan buah tunjuk langit.

“Selepas datang (berbincang) dan mendapat penerangan mengenai kakitangan dan kemampuan , kami dapati di sinilah (TPM Biotech) tempat paling tepat,’’ ujarnya lagi.

Beliau bersama rakannya Dr. Mohd Faizal Wahidin menubuhkan syarikat pada 2012 dan berjaya menghasilkan empat produk kapsul iaitu Swietenia Coffee, Swietenia White Tea, Swietenia Chocolate dan Swietenia Capsule berasaskan buah tunjuk langit (Swietenia macrophylla)

Buah tunjuk langit mengandungi khasiat kesihatan yang dipercayai boleh membantu dalam rawatan diabetes, kegemukan , migrain, tekanan darah tinggi serangan jantung dan gout selain dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan kadar peredaran darah dan meningkatkan stamina.

Produk berkenaan telah memperoleh sijil halal sejajar dengan penekanan syarikat berkenaan mengutamakan produk keluaran halal.

Syarikat terbabit turut aktif dalam kempen mempromosikan produk kopi tersebut menerusi pelbagai platform yang mendekatkan jenama mereka dengan masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitran Tyzo juga sedang membangunkan produk aroma terapi dan kosmetik daripada buah tunjuk langit.

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd Faizal Wahidin pihkanya baharu sahaja selesai mengeluarkan produk Kopi Buah Tunjuk Langit daripada kotak kepada bentuk papan.

Ini berikutan permintaan tinggi daripada pengusaha kedai makan dan restoran yang diterima setakat ini.

“Kami juga menyasarkan supaya pasaran kopi buah tunjuk langit sehingga ke pasar raya dan pasar raya besar selepas hari raya ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,’’ ujarnya.

Selain itu, menerusi kerjasama Perbandanan Nasional Berhad (PNS), Tyzo Sdn. Bhd. akan membuka peluang perniagaan dalam bentuk francais kepada individu atau mana-mana agensi atau organisasi di tempat atau lokasi masing-masing yang strategik.

Bantuan pinjaman dan latihan akan disediakan kepada individu yang berminat. Pendaftaran boleh dibuat di www.tyzo.com.my

Pada masa ini, syarikat terbabit juga ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 dan menjangka pensijilan daripada SIRIM Berhad pada tahun ini.

Mengulas mengenai bantuan TPM Biotech Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Faizal berkata, syarikat terbabit menyediakan platform yang terbaik kepada mereka daripada segi penyelidikan, pembangunan produk, konsultansi mengikut akta Kementerian Kesihatan dan halal daripada Jakim serta perkhidmatan pengilangan kontrak (contract manufacturing).

“Dengan kemudahan serta kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Titik Kawalan Kritikal Bahaya (HACCP) produk kami mempunyai kebolehpasaran dan dapat menembusi pasaran antarabangsa termasuklah Brunei dan Qatar,’’ kata beliau.

TPM Biotech juga memberi peluang kepada Tyzo untuk mempromosi produk di Pameran Halfest, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Minggu Perusahaan Kecil Serderhana (PKS) anjuran SMECorp.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.